menarik!! sila klik di sini!!

Friday, 6 December 2013

BuKU ASB HILANG??




Aduhai... jgn risau n susah hati.. 
pengalaman diri sendiri ni.. g jer pejabat asnb berdekatan... tanya org di kaunter...
isi borang.. bayar rm20 untuk duti setem ni ganti buku.... (ini untuk dpt buku baru)
kalau utk bekukan akaun just isi borang..
cadangan utk kurangkan kerja terus je ganti buku.. :) 
 lebih kurang 10-20minit siap.....
dah boleh balik rumah senyum lebar.. 



KEHILANGAN BUKU PELABURAN UNIT AMANAH ASNB


Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya kehilangan buku pelaburan?
Anda perlu mengambil tindakan seperti berikut
  1. Melaporkan segera kehilangan tersebut di Pejabat-pejabat ASNB atau Ejen ASNB bagi tujuan pembekuan akaun
  2.   Membuat permohonan buku gantian di Pejabat ASNB terdekat.
Sila rujuk Perkhidmatan ASNB untuk senarai dokumen yang perlu dikemukakan.
Buku pelaburan baru akan dikeluarkan serta-merta oleh Ibu Pejabat ASNB atau Pejabat-pejabat ASNB.
Setelah membuat laporan kehilangan buku, saya telah menjumpai semula buku berkenaan. Apakah yang harus saya lakukan?
 
Proses pelepasan dari status pembekuan akan dilakukan oleh Ibu Pejabat ASNB setelah menerima dokumen lengkap dari Pejabat ASNB Negeri atau ejen-ejen ASNB.  Sila rujukPerkhidmatan ASNB untuk senarai dokumen yang perlu dikemukakan. Buku tersebut boleh digunakan setelah pelepasan dilakukan.
Walau bagaimanapun, sekiranya buku gantian telah dikeluarkan; buku asal tersebut telah dibatalkan dan tidak lagi boleh digunakan.
Buku ASB Hilang.....

No comments:

Post a Comment